- Lain-lain
追忆归侨抗日女英雄李林:周恩来赞为“中国的贞德”
Foto menunjukkan sebuah pangkalan membaik pulih dan membina kapal di Zon Pentadbiran Shidao, bandar Rongcheng, Provinsi Shandong di timur China. (Foto oleh Li Xinjun)
Buat julung-julung kalinya, ekonomi marin China mencatatkan pencapaian bersejarah pada 2024, apabila jumlah nilai keseluruhan melangkaui angka RMB10 trilion (sekitar AS$1.4 trilion). Pada tahun lalu, ekonomi marin menyaksikan perkembangan sebanyak 5.9 peratus dari tahun ke tahun, iaitu meliputi sekitar 7.8 peratus daripada KDNK negara.
Qu Huanjun, timbalan pengarah jabatan operasi dan pengeluaran kedua di Limbungan Jiangnan di bawah China State Shipbuilding Corporation (CSSC), telah memberi penerangan sambil menyaksikan pembawa gas asli cecair (LNG) pulang dari percubaan laut di pangkalan limbungan itu di Pulau Changxing Shanghai.
“Kapal LNG 175,000 meter padu dengan jayanya menyelesaikan percubaannya, sekali gus memenuhi semua piawaian prestasi dan mendapat pujian tinggi daripada pemilik kapal,” ujarnya. Menurut Qu, 2025 merupakan tahun kemuncak bagi penghantaran kapal LNG, dengan Limbungan Jiangnan sahaja dijangka menghantar lebih daripada 10 kapal.
“Ketika ini kami mempunyai tempahan sebanyak 60 kapal LNG yang bernilai sekitar RMB150 bilion, dengan penghantaran dijadualkan sehingga 2031,” tambah beliau.
Foto memperlihatkan panel fotovolta yang dipasang di atas kolam untuk akuakultur marin di pekan Yishi, kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto oleh Lin Lijun)
Ini secara tidak langsung mencerminkan kekuatan momentum industri pembuatan kapal di China. Di Institut Penyelidikan Enjin Diesel Marin Shanghai CSSC, pengarahnya, Dong Jianfu mengawasi secara dekat dalam pengoperasian data sistem menangkap karbon berasaskan kapal yang menyeluruh.
Beliau menjelaskan bahawa sistem yang dibangunkan secara kendiri itu boleh menangkap lebih daripada 80 peratus pelepasan karbon dioksida (CO2) kapal, mengubahnya menjadi cecair CO2 dengan ketulenan melebihi 99.5 peratus. Pada April, kapal kontena besar 14,000 TEU yang dilengkapi dengan sistem tersebut telah berjaya menyelesaikan pelepasan cecair CO2 di Pelabuhan Yangshan di Shanghai, sekali gus menandakan penemuan baharu yang besar dalam teknologi perkapalan hijau China.
Di bengkel pengeluaran Syarikat CSSC-MES Diesel, iaitu anak syarikat CSSC Power (Group), enjin dwi-bahan api pertama dan paling berkuasa di dunia dengan sistem peredaran semula gas ekzos pintar kedengaran mengaum semasa ujian.
Menurut Li Cheng, pengerusi CSSC Power (Group), enjin dwi-bahan api itu menggunakan LNG dan minyak bahan api. Dalam mod gas, ia mencapai lebih 99 peratus pengurangan dalam sebatian sulfur, lebih daripada 20 peratus pengurangan dalam CO2, dan lebih 80 peratus pengurangan dalam nitrogen oksida.
Daripada kapal persiaran yang dikeluarkan dalam negara kepada pembawa LNG; dan daripada enjin hijau kepada teknologi penangkapan karbon, industri pembinaan kapal China sedang meningkat ke peringkat tinggi dalam rantaian perindustrian.
Menurut data rasmi, tiga petunjuk utama industri iaitu pesanan baharu, keluaran dan pesanan dalam tangan kesemuanya telah melebihi 50 peratus daripada bahagian pasaran global buat kali pertama pada 2024, yang diukur mengikut tan kasar yang diperbetulkan. Pembuat kapal China memanfaatkan kelebihan daya saing masing-masing untuk mengeksport kapal ke 197 negara dan wilayah.
Foto memaparkan turbin angin di ladang angin luar pesisir di bandar Zhuhai, Provinsi Guandong, selatan China. (People’s Daily/Lyu Huadang)
Shu Suixiang, pengarah Perkhidmatan Data dan Maklumat Marin Kebangsaan berkata bahawa pada suku pertama tahun ini, industri pembuatan peralatan kejuruteraan marin telah menunjukkan momentum pembangunan yang kuat, dengan pesanan kejuruteraan marin yang baharu, penghantaran pesanan dan pesanan semasa masing-masing meningkat sebanyak 57.1 peratus, 114.3 peratus dan 24.2 peratus dari tahun ke tahun.
“Industri pembuatan marin telah mengekalkan pertumbuhan pesat. Khususnya, nilai tambah industri pembuatan kapal marin China menyaksikan kenaikan tahunan sebanyak 14.9 peratus,” ujar Shi, sambil menambah bahawa ia secara tidak langsung menunjukkan daya saing China di peringkat antarabangsa dan daya tahan rantai industri dalam pembuatan peralatan marin yang bertaraf tinggi, seterusnya menyediakan sokong kukuh terhadap peralihan ekonomi marin kepada pembangunan berkualiti tinggi.
Pembinaan ranco marin moden juga dilihat maju secara berterusan di China. Ini mewakili hanya satu contoh nyata usaha China untuk membangunkan akuakultur laut dalam serta mempromosikan transformasi pintar dan pelbagai sektor perikanan marin.
Jelas Shi, pada 2024, nilai tambah sektor perikanan marin mencapai RMB488 bilion, iaitu meningkat 4.0 peratus tahun ke tahun.
Beliau menambah bahawa pada suku pertama tahun ini, pengeluaran produk akuatik marin China meningkat sebanyak 4.5 peratus tahun ke tahun, dengan pengeluaran akuakultur marin meningkat 5.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Pada masa ini, kuasa angin luar pesisir secara beransur-ansur memasuki fasa baharu pembangunan berkelompok berskala besar, sementara penggunaan sumber air laut terus berkembang.
Pada 2024, penjanaan tenaga angin luar pesisir China melonjak hampir 30 peratus tahun ke tahun, menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial hijau dan rendah karbon.
Pada tahun lalu, skala penyahgaraman air laut negara telah melepasi angka 400 juta tan, manakala penggunaan air laut untuk penyejukan industri telah melebihi 180 bilion tan.
Output nilai tambah bagi industri marin yang baru muncul bertumbuh 7.2 peratus dari tahun ke tahun pada 2024, dengan sektor seperti perubatan marin, dan bioproduk mencapai penemuan baharu.
Penyelidik di Institut Penyelidikan Bioperubatan Marin Qingdao di Provinsi Shandong, timur China juga sedang mempercepat pembangunan perubatan daripada kompaun berasaskan lautan. Satu ubat anti-tumor, BG136 juga telah memasuki Fasa 2 dalam percubaan klinik.