- Lain-lain
省水利厅副巡视员游祖勇到连城检查水利项目建设工作
Hari ini adalah ‘Panas Besar’, yang turut dikenali sebagai Da Shu. Ayuh bersama Sisi ke Turpan di Xinjiang, yang sinonim dengan gelaran ‘Tanah Bernyala’ untuk alami panas terik yang sebenar pada musim panas!
Bagi petani di serata China, Panas Besar adalah tempoh kritikal untuk mereka bertungkus-lumus menuai padi awal musim dan menyemai tanaman yang seterusnya, satu amalan yang digelar sebagai ‘kesibukan berganda’. Ia mencerminkan kebijaksanaan peradaban pertanian purba China, diperhalusi selama berabad dalam kehidupan secara harmoni bersama ritma alam semula jadi.
Di Turpan ini, suhu permukaan di Gunung Bernyala boleh mencapai sehingga lebih 70 darjah Celsius. Namun demikian, dalam kepanasan yang amat sangat ini, terdapatnya ‘kemanisan’ yang bermekaran. Di Lembah Anggur, udaranya kaya dengan aroma anggur yang sudah masak dan tergantung seperti permata hijau di bawah trelis. Kemanisan itu merupakan hasil daripada daya cipta berusia lebih 2,000 tahun iaitu sistem perigi Karez.
Saluran-saluran bawah tanah tersebut menghantar air bawah tanah secara lancar melalui tanah yang berkerikil untuk mengairi kebun-kebun nan luas, sekali gus memperlihatkan falsafah ekologi China iaitu kerhamonian antara kemanusiaan dan alam semula jadi.
Di serata dunia, orang ramai mempunyai cara-cara tersendiri untuk menghadapi kepanasan tersebut. Di Jepun, kepanasan musim panas berbetulan dengan ‘Doyo no Ushi no Hi’, iaitu waktu di mana orang ramai menikmati belut panggang untuk mengembalikan semula kekuatan mereka. Di Korea Selatan, penduduknya menyuntik tenaga dengan semangkuk sup ayam ginseng yang panas pada waktu panas. Di Thailand, pesta Khao Phansa mengiringi musim hujan, apabila lilin dinyalakan dan diterapungkan ke kuil-kuil, secara tidak langsung menawarkan satu momen ketenangan dan ritual di tengah-tengah bahang musim panas.
“Bilakah bahang musim panas ini akan berakhir? Nampaknya bukan dalam masa terdekat.” Sebagai penggal musim panas terakhir, ‘Panas Besar’ disifatkan sebagai peringatan yang tinggi bagi alam semula jadi dan gema bahang kehidupan.
Bagaimanakah caranya anda melalui bahang musim panas? Adakah anda mempunyai tip penyejuk sendiri atau memori yang tidak akan dilupakan pada musim ini? Mari kongsikan cerita anda!
- Keindahan Musim: Xiaoshu
- Keindahan Musim: Solstis Musim Panas
- Keindahan Musim: Beras dalam Tandan
- Keindahan Musim: Xiaoman, Masa Apabila Bijirin Mula Berisi
- Kehidupan Masyarakat China Dalam 12 Shichen
- Keindahan Musim: Hujan Biji-bijian
- Keindahan Musim: Qingming
- Keindahan Musim: Ekuinoks Musim Bunga
- Keindahan Musim: Pembangkitan Serangga
- Keindahan Musim: Air Hujan