- Lain-lain
一举歼灭40万日本兵的中国手雷 让步兵见了就跪
China telah melancarkan sebanyak 1,509 model besar kecerdasan buatan (AI), mewakili jumlah besar daripada 3,755 model besar yang dilancarkan di peringkat global, menurut maklumat dari Persidangan AI Sedunia (WAIC) 2025.
China kini menyaksikan peningkatan pesat skala industri AI, di samping mempunyai sistem perindustrian yang lengkap melibatkan industri asas dan pengaplikasian.
Data pemantauan dari Akademi Maklumat dan Teknologi Komunikasi China (CAICT) menunjukkan, bilangan syarikat AI melebihi 35,000 di peringkat global, antaranya lebih 5,100 buah atau 15 peratus dari China.
Selain itu, jumlah perusahaan 'unicorn' AI mencatat 71 di China, menduduki 26 peratus daripada jumlah keseluruhan di dunia iaitu 271 buah.
Pada masa sama, jumlah perusahaan yang tersenarai dalam bursa saham melebihi 300 di China, dan mereka menyumbang kira-kira 70 peratus kepada pendapatan keseluruhan industri AI di negara ini, menurutn CAICT.
Inovasi bagi 'unicorn' AI melibatkan sektor-sektor yang meluas, antaranya model besar, pemanduan autonomi, robotik kecerdasan, aplikasi kecerdasan komersial, dan cip pengkomputeran AI adalah lima bidang utama.
- China Cadangkan Pembinaan Pertubuhan Kerjasama AI Sedunia
- PM China Bakal Hadiri Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia 2025
- Institusi Pendidikan di China Manfaatkan AI Bagi Pembelajaran Lebih Pintar
- Pertandingan “AI for All: China-ASEAN” Umum Topik Cabaran Utama
- Pertandingan “AI for All”: Tempat Kebijaksanaan Bertemu Teknologi
- Pertandingan “AI for All” Dilancarkan di Guangxi
- AI Diam-diam Corakkan Ribuan Industri
- Pertandingan “AI for All” di Guangxi Buka Penyertaan
- Robot AI Digunakan untuk Menuai
- Kemajuan Desa Dipacu AI, Tema Sidang Anjuran Guangxi